Hubungi :

Email : PEA1093@jpnpp.edu.my
No. Tel : 04-6590053
No. Fax : 04-6564486
Website : http://pdosmkbg.blogspot.com/

AKTIVITI TERKINI TAHUN 2015

Wednesday 13 February 2013

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


Alamat Sekolah : SMK Bukit Gambir, Jalan Bukit Gambier, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Kod Sekolah : PEA1093
No Tel : 04 - 6590053  No. Faks : 04 - 6564486 
Email : PEA1093@jpnpp.edu.my
URL FROG VLE https://pea1093.1bestarinet.net  (Gunakan google chrome) 


MISI 

MEMBERI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SERTA MELAHIRKAN PELAJAR YANG TERBILANG BERDASARKAN RUKUN NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

VISI 

PEMANGKIN KECEMERLANGAN

MOTO 

PENGETAHUAN PENJANA WAWASAN

HALA TUJU
CERIA    CERGAS    CEKAP    CEMERLANG 

IKRAR GURU 
Bahawasanya kami guru Negara Malaysia dengan ini berikrar:
·        Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami
·        Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung perlembagaan Negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun Negara pada setiap masa 

IKRAR PELAJAR 
Kami pelajar-pelajar SMK Bukit Gambir berikrar,
Akan menjaga nama baik dan imej sekolah,
Akan mematuhi segala peraturan sekolah,
Akan menghormati semua guru,
Akan belajar bersungguh-sungguh,
Dan akan menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. 

NILAI TERAS SEKOLAH MENENGAH

Rajin
Usaha
Berilmu
Amanah
Berakhlak mulia
Ikram 

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH
Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. 

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mengujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 


TONGGAK 12
MENGHARGAI MASA
BERKETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
KEMULIAAN KESEDERHANAAN
KETINGGIAN PERIBADI
KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
KEBIJAKSANAAN BERKHIDMAT
KEUTAMAAN KESABARAN
PENINGKATAN BAKAT
PENGARUH TELADAN
KESERONOKAN KERJA
NIKMAT MENCIPTA
Simbol buku yang dibuka huruf T yang melambangkan sekolah ini menawarkan mata pelajaran teknikal seperti Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan. Simbol buku ada kaitan dengan proses mendapat pengetahuan. Roda yang mempunyai 9 gear melambangkan 9 cabaran utama Wawasan 2020. Simbol kilang di bahagian tengah menunjukkan matlamat negara untuk mencapai tahap yang setanding dengan Negara maju.
 
Lagu Rasmi SMKBG

SMKBG Harapan Kami
Tetap Berusaha Dan Berilmu
Menuju Puncak Jaya
Menabur Budi Dan Bakti

Kami Bersumpah Dan Berjanji
Akan Taat Dan Setia
Menjadi Pelajar Yang Dihormati
Agar Kami Dipandang Mulia

Marilah Kita Berikrar
Demi Cita-Cita Dan Wawasan

Bersatu, Bersama Kita Jayakan
Dengan Satu Azam Dan Tekad
Semoga Kita Berjaya
Maju Terus Maju



PIAGAM SMKBG
  • Percaya kepada Tuhan dan mengikut suruhan-Nya.
  • Membentuk sebuah sekolah gembira.
  • Menjadi insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Membentuk silaturrahim dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup.
  • Mengembangkan suasana penyayang dan memiliki nilai-nilai murni.
  • Membangkitkan budaya ilmu serta pemikiran positif dan kreatif.
  • Peka dan prihatin kepada kesihatan diri dan menghargai alam.
  • Memiliki kesedaran tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
  • Berkeupayaan untuk mengubahsuai kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi.

Sejarah Sekolah
 Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir
SMKBG telah ditubuhkan pada Febuari tahun 1996. Ketika itu, SMKBG hanya mempunyai 16 orang kakitangan dan 6 buah kelas dibuka bagi menampung 100 orang pelajar. Kini , 4 orang pengetua telah dan sedang menabur bakti di SMKBG.

Pengetua pertama ialah En. Saad Bin Aliff. Beliau telah bertugas selama kira-kira 3 tahun. Seterusnya kerusi pentadbir itu diduduki oleh Pn Melina Ng Abdulah yang telah menyempurnakan amanah dan tugasnya selama 2 tahun. Manakala pengetua yang terbaru dan akan terus mentadbir SMKBG ialah Pn. Hajah Intan Binti Hasan yang menggantikan Tn. Haji Abdul Rashid Bin Musa.

Pelbagai sistem telah dijalankan sepanjang pentadbiran ketiga-tiga orang pengetua. Antaranya adalah sistem 'Sekolah'. Lagu sekolah telah dicipta oleh Guru Penolong Kanan manakala liriknya dihasilkan oleh Pn. Hajah Wan Lijah Binti Wan Daud, PK Kokurikulum ketika itu. Bendera sekolah pula telah direka oleh guru SMKBG iaitu Y.M Raja Shamsuddin Bin Raja Salleh. Hari berganti hari , kini SMKBG sudah manjangkau usia 12 tahun.
Penubuhan SMKBG bermula dengan pelbagai cabaran namun, SMKBG terus menempuh segala rintangan dan kesulitan. Kini, hasilnya boleh dibanggakan. SMKBG bukan sahaja semakin stabil malah telah menunjukkan kredibliti dalam bidang sukan dan sebagainya.

Kelas Rancangan Khas ( KRK )
SMK Bukit Gambir mempunyai 30 buah kelas, 9 Kelas Rancangan Khas (KRK) dan 11 kelas biasa.Kelas Rancangan Khas telah dimulakan pada tahun 2006. Pada tahun 2009 terdapat 9 buah Kelas Rancangan Khas (KRK) iaitu 3 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2 dan 3 kelas bagi tingkatan 3. Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan  UPSR. Oleh kerana, mereka tidak mendapat  peluang untuk belajar di sekolah berasrama penuh maka, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan kelas KRK di beberapa buah sekolah terpilih.
PENGETUA-PENGETUA SMKBG
1994-1998 : Tuan Haji Saad Bin Aliff
1998-2001 : Puan Melina Ng Binti Abdullah
2001-2007 : Tuan Haji Abdul Rashid Bin Musa
2007- 20/12/2012 : Puan Hajah Intan Binti Hasan
20/12/2012 - 15/06/2014 : Dr. Haji Mohd Nazari Bin Yaakob

25/07/2014 - Kini : Encik Omar Bin Abd Rashid

KETUA-KETUA PENGAWAS SMKBG
1997 : Seah Kai Lai
1998 : Mohamad Ismail Bin Mohammed Ali
1999 : Koay Cheng Lai
2001 : Mohd Ridzuan Bin Abdul Jalil
2002 : Nicoll The Wei Liang
2003 : Mohd Naim
2004 : Syeikh Azrizal
2005 : Mohammad Asyraf
2006 : Muhd Zakhree Bin Zulkipli
2007 : Izzat Alif Bin Mustapha
2008 : Mohd Hakimi Bin Rosli
2009 : Muhammad Hamka Bin Mohd Said
2010 : Muhd Huzaifah Bin Samad
2011 : Syed Muhd Izzudin Bin Syed Johari
2012 : Muhammad Sirajuddin Bin Muhammad Azhar
2013 : Muhammad Anif Azwar Bin Basharudin

2014 : Zainol Danial Khan Bin Zainol Izham Khan



Lokasi
 

DASAR KURIKULUM SEKOLAH
  1. LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ’Core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di 
sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang
telah ditentukan sebagai sekolah rancangan khas (KRK) yang terkawal, dikelolakan oleh  
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Dasar  yangditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan
dan pengurusan akademik sekolah ini.
  1. OBJEKTIF
 Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan;
a)      Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
b)      Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
c)      Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri. 
  1.     DASAR
 ·        Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem
          dan dasar pendidikan kebangsaan.
·        Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran,
          Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
·        Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum
          semasa.
·        Sepanjang masa, program kademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
          akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan
          keutamaan.
  1. MESYUARAT
 ·        Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minima 4 kali setahun mengikut standard
          piawaian SKPM.
·        Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
·        Mesyuarat Panitia – minima 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
·        Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.



5. SISTEM FAIL
© Fail Jawatankuasa Kurikulum diuruskan oleh Setiausaha Kurikulum
© Fail Jadual Waktu Guru, Pusat Sumber, Penyeliaan Pengajaran dan Pengajaran, Pentaksiran 
Berasaskan Sekolah (PBS) dan Jawatankuasa Peperiksaan diuruskan oleh Penyelaras masing-masing
© Semua fail panitia diletakkan di Bilik Ketua Bidang dan boleh dikeluarkan dengan mendapat kebenaran
© Jumlah Fail (yang dicadangkan oleh PPD) ialah 9.
1.     Fail Surat Menyurat
2.     Fail Minit Mesyuarat
3.     Fail Data Guru & Jadual Waktu
4.     Fail Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran
5.     Fail Perancangan
6.     Fail Analisis Peperiksaan & Post Mortem
7.     Fail Koleksi Soalan
8.     Fail Stok
9.     Fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 
  1.  PAKEJ MATA PELAJARAN
     Menengah Rendah
      8 mata pelajaran bagi murid beragama Islam dan 7 mata pelajaran bagi
      Murid bukan beragama Islam (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, 
      Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup (ERT/KMT) dan Pendidikan Islam)

Menengah Atas
i. Sains Tulen     : Kelas Satria 1 & 2 (9 mata pelajaran)  
                                        (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
                                         Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Fizik,
                                         Kimia, Biologi/Lukisan Kejuruteraan dan
                                         Matematik Tambahan)

ii. Sains Sosial   : Kelas Putra (9 mata pelajaran)
                                        (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
                                         Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sains,
                                         Prinsip Akaun, Ekonomi dan Matematik
                                         Tambahan)

                                         Kelas Waja (9 mata pelajaran)
                                         (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
                                          Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sains
                                          Ekonomi, Pendidikan Seni Visual dan
                                          Perdagangan)

                                        Kelas Saga ( 7 mata pelajaran)
                                        (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
                                        Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sains,
                                        dan Pendidikan Seni Visual)

                                         Kelas MPV
                                         (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
                                         Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sains
                                         dan MPV)

  1. SYARAT KEKAL DAN KEMASUKAN KE SMK BUKIT GAMBIR
Syarat kekal di SMKBG (KRK):
Calon-calon Tingkatan 1  KRK sekolah ini mestilah:
Mendapat sekurang-kurangnya 3A  2B
i.                    Tiada D bagi mana-mana subjek (bergantung kepada keputusan jabatan)
ii.                   Kes-kes rayuan dirujuk kepada I, JPN Pulau Pulau Pinang.
# Perubahan syarat kemasukan bergantung kepada Surat Siaran Jabatan Pendidikan Pulau
Pinang (Bahagian Pengurusan Sekolah)

  1. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
 ·        Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
          hendaklah diperolehi dan disimpan oleh setiap orang guru.
·        Salinan Panitia untuk setiap tingkatan disimpan dalam fail panitia
Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas:
 i.        Tajuk / Isi Pelajaran
ii.        Objektif
iii.        Aktiviti
iv.        Kandungan
v.         Refleksi
·        Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari akhir minggu persekolahan
·        Semua guru membawa buku rekod mengajar setiap kali masuk ke kelas
·        Penggabungan isi kandungan sebilangan mata pelajaran bagi Tingkatan 4 & 5 digalakkan bagi 
         membolehkan sukatan dihabiskan segera. Isi kandungan boleh disusun semula oleh guru terbabit
·        Matematik & Matematik Tambahan perlu digabungkan sesetengah topik.

Menghabiskan Sukatan:
i.                    Tingkatan 3 – Sukatan dihabiskan pada bulan Julai
ii.                   Tingkatan 5 - Sukatan dihabiskan pada bulan Ogos
iii.                  Tingkatan 1,2,4 – Sukatan dihabiskan pada bulan September
·         Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah kepada student-centred / berpusatkan pelajar dan menggunakan BBM / ICT yang disediakan. Kualiti P & P dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah 
terkini dan pengamalannya ditingkatkan setiap masa melalui perkembangan staf.
  1.  JADUAL WAKTU
 ·        Jumlah Waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan
·        Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
·        Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran
          guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam dan guru cemerlang)
·        Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 29 waktu seminggu
·        Aktiviti lain yang mengganggu p & p di waktu persekolahan tidak digalakkan

  1.   WAKTU PERSEKOLAHAN

        a. Isnin ,Selasa & Khamis           7.25 pagi – 2.30 petang
        b. Rabu                                    7.25 pagi – 3.10 petang
        c. Jumaat                                    7.25 pagi – 11.50 tengah hari
#Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling semasa

  1.   GURU GANTI
 11.1  Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan
           menjual waktu kepada guru lain dengan membuat tawaran
 11.2  Mencari pengganti terlebih dahulu
 11.3  Menyediakan bahan kepada pelajar apabila dipanggil berkursus dan beri kepada
          pelajar sebelum berkursus
11.4   Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada  masa lain
11.5   Rekod Penyediaan Guru Ganti  boleh didapati di pejabat
11.6   Diuruskan oleh Penyelaras Tingkatan dan diselia oleh Penolong Kanan Pentadbiran
  1.  PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
a.       Peperiksaan Penggal                                – 2 kali setahun
b.      Ujian Bulanan / Penilaian Kurikulum        - 2 kali setahun
i.       Ujian 1 – Mac
ii.      Ujian 2 – Julai
iii.     Ujian 3 – September (opsyenal) –selepas habis sukatan pelajaran

c.       Dasar Peratusan Markah untuk Tingkatan 1,2,3
 i.       Peperiksaan Pertengahan Tahun 100% markah
ii.       Jumlah Markah Akhir Tahun akan menentukan kedudukan kelas
iii.      Pencapaian UPSR menentukan TOV tg.1,PMR akan menentukan TOV pada tingkatan 4
iv.      Gred Purata Mata Pelajaran di bawah 2.00
     
d.      Dasar Peratusan Markah untuk Tingkatan 4, 5
 i.       Peperiksaan Pertengahan Tahun 100%
ii.       Gred Purata Mata Pelajaran di bawah 5.00

e.       Format peperiksaan
 i.      Ujian Bulanan 
Masa 11/2 jam dan pengujian hanya terhadap sukatan yang diajar sepanjang masa
sebelum ujian.
 ii.     Peperiksaan Penggal 
a)      Masa mengikut kertas sebenar / Peperiksaan Awam
b)      Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam
c)      Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar

f.        Rekod Markah
 i.       Markah Ujian Bulanan disimpan dalam buku rekod dan dimasukkan dalam komputer
         peperiksaan. Slip ujian akan diberikan kepada pelajar untuk ditampal dalam buku
         profail pelajar.
g.       Jadual Pengawasan
 i.                    Ujian Bulanan – Mengikut Jadual Peribadi
ii.                   Ujian dijalankan serentak selama seminggu
iii.                  Peperiksaan Penggal – Jadual Pengawasan berpusat(disediakan oleh AJK
                     Peperiksaan)
iv.                  Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam

h.       Syarat lulus
i.   Tingkatan 1-3, mengikut keputusan semasa jawatankuasa kurikulum.
ii.  Tingkatan 4-5, mengikut garis panduan jabatan / PPD
                
i.         Agihan gred
 MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1,2,3)
GRED
JULAT MARKAH
A
80 – 100
B
70 – 79
C
56 – 69
D
45 - 55
E
0 - 44

MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4,5)
GRED
JULAT MARKAH
A+
85 – 100
A
75 – 84
A­-
70 – 74
B+
65 – 69
B
60 – 64
C+
55 – 59
C
50 – 54
D
40 – 49
E
0 - 39
                                   
j.       Jadual Penentu Ujian
i.       Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut
         tahap kesukaran 5:3:2.
ii.      JPU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
iii.     Bagi Soalan Objektif – analisa item mesti disediakan setiap kali selepas ujian/peperiksaan
iv.     Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia/ Guru Kanan atau Penolong Kanan
        sebelum dicetak. (Syarat Kementerian)

Post Mortem Untuk Peperiksaan
 i.                  Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan
                    Peperiksaan PMR & SPM dan Peperiksaan Dalaman dikeluarkan.
ii.                  Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenalpasti secara individu
iii.                 Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.
iv.                 Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan
                    kaunseling.
  
  1.  PEMANTAUAN
13.1 Pengajaran dan Pembelajaran
a.       Pengajaran dan Pembelajaran  Guru / Pelajar di bilik darjah akan diselia sekali dalam
         setahun secara rasmi.
b.      Guru-guru akan dipantau oleh Guru-guru Kanan dan Penolong Kanan. Jadual penyeliaan
         berfokus akan dikeluarkan setiap tahun.
c.       Guru dinasihat berbincang dan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk diselia.
d.      Adalah digalakkan guru terlebih dahulu menawarkan diri untuk diselia.
e.       Ketua-ketua panitia juga digalakkan menyelia guru-guru di bawah panitianya.
f.        Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan diselia oleh Pengetua.
g.       Buku kerja tidak dibenarkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran kecuali sebagai
          tambahan atau latih tubi (pekeliling Kementerian)
h.       Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diliputi
          semua pengajarannya dalam kelas
i.         Ujian dan Pentaksiran Lisan hendaklah dijalankan sewaktu pengajaran dan
          pembelajaran.

13.2 Pengurusan Panitia
 a.     Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Panitia
         Mata pelajaran berkenaan.
b.      Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
c.       Semua fail akan disemak dan berada di Bilik Dokumentasi.
d.      Panitia mesti menentukan jumlah latihan  yang perlu diberikan kepada pelajar
         sepanjang tahun

13.3 Peperiksaan
 a.       Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam
           pengurusan dan penyeliaan  peperiksaan dan ujian.
b.        Jawatankuasa Unit Peperiksaan sekolah dibentuk seperti senarai tugas tahunan.

13.4 Bilik-bilik Khas
a.            Semua bilik khas akademik mesti diurus dengan sempurna.
b.            Penyeliaan adalah seperti berikut :
                i.    Bilik SALC, Makmal Bahasa  - Guru Kanan Bahasa
                ii.   Bilik /surau  – Guru Kanan Kemanusiaan
               iii.  Bilik PPSMI  -  Guru Kanan Sains & Matematik
               iv.  Bilik Kemanusiaan -  Guru Kanan Kemanusiaan 
               v.   Bilik Prinsip Akaun  -   Guru Kanan Teknik

Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan mesti diwujudkan.
c.             Jawatankuasa mengikut senarai tugas tahunan.
d.            Ketua-ketua panitia juga hendaklah menyelia bilik-bilik khas di bawah panitianya.
e.             Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada sebilang masa.

13.5 Jawatankuasa Pemantauan
a.            Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik
                  i.  Pengetua
                  ii  Penolong Kanan Pentadbiran
                 iii  Penolong Kanan HEM
                 iv  Penolong Kanan Kokurikulum
                 v   Guru-guru Kanan Bidang

13.6  Penyeliaan Buku Latihan Pelajar
a.       Kerja pelajar akan dicerap 2 kali setahun (Mac, Jun)
b.      Semua guru akan menyerahkan semua buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan (sekurangnya 1 jenis              buku latihan)
c.       Penyeliaan adalah seperti berikut :
 i.       Tingkatan 4,5,6  - Guru Kanan Bidang
ii.       Tingkatan 1,2,3 – Ketua Panitia
d.      Rekod Penyeliaan Buku Kerja Pelajar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Kurikulum.
14.   ANGGARAN PERBELANJAAN (ABM) PANITIA
 14.1  Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan
          Sekolah. Setiap panitia     boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan
          peralatan kepadaGuru Kanan Bidang
14.2   Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
          Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3  10% peruntukan untuk tahun berkenaan mesti disimpan untuk tahun berikutnya
14.4   Bajet hendaklah berdasarkanperuntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.        
15.      BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1      Buku teks yang dibekalkan dimaksimakan kegunaannya.
15.2      Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
15.3       Penggunaan PSS (bilik-bilik khas) adalah digalakkan.
15.4       Program Nilam Pusat Sumber akan dijalankan oleh guru-guru bahasa
15.5       Aktiviti dirancang oleh Penyelaras Program Nilam (guru bahasa) dan Guru Penyelaras
              Pusat Sumber
15.6       Penyemakan butiran bilangan bacaan dilakukan 1 kali setiap 3 bulan oleh Penyelaras
              Program Nilam dan diselia oleh Penyelaras Pusat Sumber bagi 3 bahasa
15.7       Jadual Pelaksanaan dan Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras Pusat
              Sumber
15.8       Buku Rujukan pembelian panitia diuruskan dengan baik dengan rekod yang teratur
              (kerjasama Ketua Panitia)
15.9       Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
16.        PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
16.1          Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat berdasarkan keperluan panitia.
16.2          Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik
                 bertunjang ke arah kecemerlangan pelajar
16.3          Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua panitia
                 dalam merancang dan melaksana program akademik
16.4          Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan dan menjalankan
                 penilaian bagi membuat penambaikan untuk program akademik panitia berkenaan
16.5          Penglibatan HEM, Kaunseling dan waden asrama adalah wajib bagi Penyelarasan
                 Program Akademik 
16.6          Dokumentasi program dilaksanakan oleh Kaunselor Sekolah
17.        PERKEMBANGAN STAF
17.1  Kursus Dalaman
a.       Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberi taklimat ringkas kepada Pengetua/
          Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai.
b.      Kursus Dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi
          bicara Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
c.       Bahan kursus boleh diperbanyakkan untuk keperluan guru lain.

17.2  Kursus Perkembangan Staf
a.        Dirancang ikut arahan Kementerian
b.        Permintaan dan keperluan guru diberi keutamaan dalam pemilihan kursus
c.        Lawatan boleh diadakan ke sekolah cemerlang untuk mendapatkan maklumat dan
           perkongsian pintar

17.3  Bahan-bahan Ilmiah Kursus
a.       Diperbanyakkan untuk keperluan guru lain
b.       Disimpan untuk rujukan panitia
18.    KAJIAN TINDAKAN
18.1 Semua panitia mata pelajaran digalakkan membuat satu kajian tindakan  setiap tahun
18.2  Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.
19.    DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P & P DAN PEPERIKSAAN
19.1   Percetakan 100 helai ke bawah dibuat secara fotostat di luar
19.2   100 helai ke atas direzo di sekolah – tempoh serahan 3 hari sebelum
           penggunaannya.
19.3 Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
20.   PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
20.1   Anugerah Gemilang Akademik – semua bahagian yang dipertandingkan berbentuk
          Akademik disertai ke arah  persediaan bahagian berkenaan di sekolah.
20.2   Guru-guru dan pelajar juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan
          agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.
21.    PENENTUAN DASAR DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
21.1   Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
          pendidikan negara.
21.2  Perubahan boleh berlaku dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat                             pengurusan dan mesyuarat kurikulum.
22. SASARAN
      22.1 Peperiksaan
             a. PMR
             1. 30 murid mendapat semua A
             2. Peningkatan 3% gred  bagi semua mata pelajaran

             b. SPM
             1. 5 murid mencapai gred A dalam semua mata pelajaran
             2. Peningkatan 3% bagi semua mata pelajaran

             c. Peperiksaan Dalaman
             1. Semu mata pelajaran dengan gred B
             2. Tidak ada murid tanpa A

      22.2 Pengurusan Kurikulum
              a. Pengurusan Panitia
                  1. Perancangan Strategik yang mantap dan proaktif
                  2. Pelaksanaan kursus/latihan perkembangan staf untuk
                      meningkatkan profesionalisme sumber manusia
                  3. Pemantapan program khas kurikulum berasaskan panitia
                      mata pelajaran
                  4. Program Brain-Storming oleh panitia

              b. Pengajaran dan Pembelajaran
                  1. Semua akur kepada panduan piawaian standard tinggi
                      pengurusan pengajaran dan pembelajaran
                  2. Semua guru dicerap pengajaran dan pembelajaran di dalam
                      bilik darjah 2 kali setahun
                  3. Peningkatan bilangan latihan dan kerja rumah untuk murid
                      dengan menggunakan lembaran kerja dan buku kerja
                  4. Peningkatan bilangan ujian ringkaas pada setiap tajuk
                  5. Peningkatan penerapan aspek kemahiran berfikir secara
                      kreatif dan kritis dengan proses pengajaran dan
                      pembelajaran
                  6. Penerapan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
                      Penggunaan Teknologi Multimedia
                  7. Penyuburan budaya menjawab soalan menerusi ceramah dan
                      bengkel
                  8. Pengukuhan konsep pembelajaran asas kendiri
                  9. Penyuburan budaya kecemerlangan akademik di kalangan
                      murid
                 10. Memantapkan sistem pentaksiran penilaian supaya lebih
                      holistik
                  11. Semua panitia menyediakan headcount mata pelajaran bagi
                       PMR dan SPM serta peperiksaan penggal. ( post mortem
                       TOV, OT1, ETR, Analisis SWOT, Perancangan Strategik,
                        Taktikal dan Operasi) 

KEARAH PERKHIDMATAN TANPA CACAT PENDIDIKAN BERKUALITI
(ZERO DEFECT)
1.0  KURIKULUM
1.1      Amalkan ketepatan masa ke sekolah/masuk ke kelas adalah tanggungjawab kita
1.2     Memastikan semua pelajar membuat dan menghantar kerja rumah/kerja kursus terutamanya dari
kelas-kelas PMR dan SPM
1.3  Pastikan tiada kelewatan dalam menyiapkan Ujian/Kerja Kursus dan tugas-tugas lain yang mempunyai
DEAD LINE/ JADUAL
1.4     Buku Persediaan Mengajar dilengkapkan sepenuhnya dan dihantar setiap minggu untuk semakan
1.5     Menuju kearah keputusan pelajar yang cemerlang
1.6     Guru-guru berinovatif dan kreatif supaya pelajar mendapat peluang pembelajaran & pengajaran yang saksama dan seimbang
1.7     Memastikan semua pelajar menggunakan buku latihan yang ada cap dan logo sekolah sahaja

2.0  KOKURIKULUM
2.1     Kehadiran 100% di dalam segala aktiviti kokurikulum
2.2   Ke arah mencapai kejayaan cemerlang dalam aktiviti sukan/permainan
Guru berinovatif dan kreatif memupuk semangat pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Semua guru diminta menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam kokurikulum sekolah 

1.0  PENTADBIRAN
1.1      Ketepatan mengambil kedatangan pelajar sebelum 9.30 pagi. Melengkapkan butir-butir dalam Buku Kedatangan dengan betul dan tepat. Kutipan/Penyerahan Wang/Yuran pelajar hendaklah diselesaikan pada masa/tempoh yang ditetapkan.
1.2     Mengawasi/Memerhati KEBERSIHAN dan KECERIAAN KELAS sepanjang masa
1.3     Mengetatkan disiplin pelajar dan membantu mengurangkan masalah disiplin dengan pelbagai cara/teknik.  

TUGAS-TUGAS PENYELARAS TINGKATAN
1. Menyelaras dan menolong Guru Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM dalam semua perkara 
berhubung  dengan tingkatan mereka.
2. Membantu Guru Data dalam menyediakan maklumat pelajar-pelajar untuk diisikan dalam Data EMIS.
3. Menjadi pakar rujuk kepada guru tingkatan yang berkenaan untuk menyediakan dan mengatu kedudukan  tingkatan murid-murid bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaaan Percubaan dan Peperiksaan
Akhir  Tahun.
4. Menanda Buku Kedatangan Murid bagi kelas yang guru tingkatannya tidak hadir dan menutup Buku
Kedatangan Pelajar.
5 Membantu Unit Peperiksaan dalam untuk mengedarkan kertas peperiksaan bagi tingkatannya kepada
guru-guru yang mengawas peperiksaan.
  
SENARAI PRASARANA SEKOLAH
Kemudahan
Kuantiti
Bilik Darjah
30
Pejabat
1
Makmal  Fizik
2
Makmal Biologi
2
Makmal Kimia
2
Pusat Sumber
1
Makmal Komputer
2
Bengkel MPV (Air-Cond)
1
Bengkel KH – Teknikal
3
Bengkel KH – ERT
2
Bilik Kesihatan
1
Bilik Pendidikan Seni
1
Bilik Geografi
1
Bilik Guru
1
Perpustakaan
1
Bilik SPBT
1
Bilik Cetak
1
Bilik Mesyuarat
1
Bilik PPSMI
1
Bilik  Kaunseling
1
Bilik  Matematik
1
Bilik Koperasi
1
Bilik Surau
1
Wireless Access Point
4
Bilik Stor Sukan
1
Tempat Letak Kereta
20
Tempat Letak Motosikal
20
Tempat Letak Basikal
20
Gelanggang Badminton
2
Gelanggang Petanque
1
Gelanggang Sepak Takraw
1
Padang Serbaguna
1

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN GURU

MAKLUMAN IBU BAPA / PENJAGA

MAKLUMAN KEPUTUSAN PT3 TAHUN 2014

Semua Pelajar Tingkatan 3 / Waris / Penjaga

Keputusan PT3 boleh didapati di sekolah mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 22.12.2014

Masa : 9.00 am - 12.30 pm

Tempat :

Kelas 1 Satria ( 3 KRK 1 & 3 KRK 2 )
Kelas 1 PUTRA ( 3 KRK 3 & 3 PUTRA )
Kelas 1 KRK 3 ( 3 SATRIA & 3 WAJA )


Sekian.







Pemberitahuan Jadual Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)Tahun 2014

11 ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Mohon kerjasama guru-guru tingkatan untuk mengemaskini perkara-perkara berikut dalam portal APDM :

1. Enrolmen pelajar
2. Maklumat pelajar
3. Maklumat Ibu Bapa / Penjaga

Pengemaskinian ini dilakukan untuk mengelakkan masalah kepada guru-guru untuk memasukkan markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

# Pengemaskinian hendaklah dilakukan sepanjang masa jika ada perubahan keluar / masuk pelajar di dalam kelas anda. Bilangan pelajar mestilah sama dengan enrolmen di dalam Buku Kedatangan.

AKTIVITI-AKTIVITI SMKBG

PERSATUAN IBU BAPA & GURU